Hari yang sungguh panas.
Hari ini merupakan hari yang paling panas di dalam hidup saya. Apabila kaki memijak lantai, saya boleh merasa sebahagiannya telah lebur dan sesampainya ke dapur untuk meminum air, hanya tinggal lutut saya sahaja. Tambahan pula muka saya juga mula melebur apabila jam sudah pukul 2 lebih, panasnya tidak terhingga. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan kecuali tidur.
Semasa saya tidur pula, saya boleh merasakan bahawa peluh saya telah membasahi katil dan membanjirkannya. Alangkah baiknya jika saya boleh berada di tab mandi pada masa itu.
Selepas itu, saya tidak boleh buat apa-apa kecuali berkeliaran di dalam dan luar rumah, dan membaca khabar mengapa Perak dalam najis yang dalam di malaysiakini.
Dan apabila hari semakin gelap, saya keluar ke luar untuk mengambil beberapa gambar tumbuh-tumbuhan yang ditanam emak saya. Saya juga telah mengambil gambar anjing saya yang macam kucing itu, tetapi ianya nampak malu jadi saya membatalkan niat saya itu.
Mari kita tengok gambar-gambar.
Bunga Lotus dan ikan-ikan guppies yang tidak berguna berenang ke sana sini.
Bunga Raya dan Bunga Orkid
Itik-itik palsu dan Bunga Orkid
Sejenis Bunga Kekwa dan Bunga tumbuhan SpongeGourd (macam zuchini atau timun)
Mungkin saya patut cari kerja yang lebih bermanfaat.
Saya terperanjat apabila membuka laman web anda dan tertera di hadapan mata saya, gambar-gambar berwarna warni dan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia! Tidak tersangka penguasaan BM anda masih bagus! Teruskan usaha anda =)
=P
Phoebeee
May 15, 2009 at 8:30 pm
oh, apa tidaknya. Sebenarnya saya pernah menghadiri kelas tuisyen semasa di Tingakatan Lima. Malangnya, saya tidak suka akan kerja rumah jadi bahasa saya menjadi unik berbanding dengan budak-budak lain.
Sebenarnya, saya amat suka akan serangkap perkataan “saya keluar ke luar” dari paragraph keempat itu. Klasik bunyinya. =D
BM saudari pun apa kurangnya. Menakjubkan. =D
toastem
May 16, 2009 at 12:53 am
Ya, saya setuju! Amat menajubkan! Saya tidak sabar untuk membaca lebih banyak cerita anda dalam BM =D
ROFLMAO =D
hehehehe =D
Phoebeee
May 16, 2009 at 8:44 pm
omg…anda berdua sudah gila akibat kepanasan matahari….
puan jamiah sudah tentu akan bangga dengan saudari berdua…
jyj
May 17, 2009 at 4:54 pm
Tentulah. Kami anak murid yang paling emas dalam seumur hidupnya. Rasa-rasanya, beliau juga amat bangga dengan anda. Genggaman bahasa anda juga cukup baik!
toastem
May 17, 2009 at 7:57 pm
eh,ur bahasa really make me seronok membacanya.
ROFL.
ganbate to use BM in ur post,,haha~
btw,nice blog!
lily
May 31, 2009 at 12:28 am